KUNJUNGAN KE-2 KE SAUJANA ASAHAN MELAKA
Pada 11/11/11 En.Fataruzzaman Mohd yusof dan En. Azman telah berkunjung ke Saujana Asahan, bagi berbincang berkenaan tempahan bilik dan penyediaan makanan di sana apabila program KCD berlangsung.
Untuk tempahan bilik dan harga bilik kami berjumpa dengan En. Razali. Dalam perbincangan tersebut En. Razali menyatakan hanya ada 20 bilik sahaja yang masih boleh disewakan pada kadar sewaan sebanyak RM60.00 sebilik dan kami bersetuju hanya 10 bilik sahaja yang diperlukan. Selepas perbincangan tersebut En. Razali membawa kami melihat bilik-bilik seperti yang telah dinyatakan.
En. Azman bersama En. Razali ketika berada di dalam salah satu bilik yang akan disewakan.
Suasana di dalam bilik tersebut yang mempunyai dua katil sahaja.
Selepas perbincangan dengan En. Razali kami berjumpa pula dengan En.Md Shah untuk membincangkan berkenaan tempahan makanan. Menurut En.Md Shah, beliau mempunyai dua sebutharga untuk makanan dan jika mahu buat BBQ mereka juga ada menyediakan pakej sebutharga tersebut iaitu:-
1) RM28.00 seorang = 6 x makan 2 jenis lauk
2) RM24.00 seorang = 6 x makan 1 jenis lauk
3) RM45.00 seorang untuk BBQ
4) RM30.00 untuk sewa peralatan BBQ
Kami menyatakan bahawa pihak kami hanya mahu buat tempahan makanan pada hari Sabtu 19/11/11 iaitu sarapan pagi, makan tengahari, sewa peralatan BBQ dan pada hari Ahad 20/11/11 hanya sarapan pagi sahaja, beliau bersetuju dengan permintaan yang kami ajukan.
En. Fataruzzaman bersama En. Md. Shah iaitu pengusaha kantin di Saujana Asahan.
Setelah selesai perbincangan dengan En. Razali dan En. Md Shah, kami juga sempat berkunjung di tempat-tempat yang akan peserta KCD berkunjung. Kami dibawa oleh En. Taufik, seorang pengusaha ternakan ikan talipia untuk meninjau-ninjau di kawasan yang akan disinggah nanti, bersama ini disertakan gambar-gambar seperti di bawah:-
Kami berada di kolam penternakan ikan Talipia Merah dan Hitam, kelihatan di situ En. Taufik sedang menjelaskan sesuatu kepada En. Azman tentang kolam ikan tersebut.
Puan Lijah (skaf putih) pengusaha GAHARU, sedang menanyakan sesuatu pada En. Azman
Antara pokok Gaharu yang telah diusahakan oleh Mak Cik Lijah yang berusia lebih kurang 2 tahun
Setelah selesai bertemu ramah dengan Mak Cik Lijah, kami pun terus beredar untuk bertemu dengan Pengurusi JKKKK Kampung Asahan iaitu En. Abd. Ghani bin Dollah.
Kami dapat berjumpa En. Ghani dan menyatakan hasrat kami kepada beliau. Beliau bersetuju dengan apa sahaja yang akan kami ajukan dan kami juga menjemput beliau untuk hadir bersama-sama dalam program perlepasan KKD nanti, beliau menyatakan akan turut hadir dalam program perlepasan tersebut.
Dalam kunjungan pada 11/11/11 kami tidak dapat berjumpa dengan En. Noor Azlan bin Sibut iaitu seorang pengusaha Nata De Coco kerana beliau ke Pahang untuk menghadiri kenduri. Bagi mengesahkan sama ada beliau bersetuju atau tidak, pihak KKD singgah ke kilangnya. Perkara itu telah dimaklumkan kepada beliau pada kunjungan pertama kali oleh En.Fataruzzaman. Namun begitu En. Fataruzzaman akan mendapatkan pengesahan tersebut secepat yang mungkin.
Kayuhan bermula dari Saujana Asahan menuju ke rumah Mak Cik Lijah di Kampung Relau, Asahan iaitu seorang pengusaha GAHARU dengan jarak kayuhan sekitar 5 KM. Selepas itu kayuhan diteruskan ke pengusaha Nata De Coco iaitu En. Noor Azlan bin Sibut di Pekan Nyalas dengan jarak kayuhan sekitar 10km. Kemudian akan terus menyambungkan kayuhan semula ke Saujana Asahan dan singgah ke kolam ikan En.Taufik dengan jarak kayuhan 15km. Jumlah jarak kayuhan pada 19/11/2011 ialah sejauh 30km.
No comments:
Post a Comment