Sunday, 6 November 2011

Siri kunjungan ke Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (Ayer Keroh), Melaka International Trade Centre (MITC), Kampung Bukit Sedanan (Selandar) dan Kampung Jus (Batang Melaka)

 Tarikh :  4hb November 2011

Kunjungan Ke Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM)
·         Tiba di pejabat Perhutanan Negeri Melaka pada jam 10 pagi.
·         Bertemu dengan pegawai perhutanan En. Khalil  dan En. Rahman bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan hutan yang telah habis hasil kayu untuk diusahakan.
·         Menurut En. Rahman, JPNM berperanan memelihara dan mengekalkan hutan sedia ada di Negeri Melaka bagi memastikan kestabilan ekosistem flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut.
·         Sebarang aktiviti perladangan dan penanaman pokok secara komersial biasanya akan mengganggu kestabilan ekosistem tersebut.
·         Setakat ini JPNM ada memberi kebenaran kepada pihak FRIM untuk menggunakan beberapa bidang tanah dikawasan Hutan Simpan Kekal di(HSK) Batang Melaka bagi tujuan penyelidikan.
·         Kebenaran untuk menjalankan sebarang aktiviti dikawasan HSK termasuk sebarang penanaman pokok  adalah tertakluk di bawah peruntukan undang-undang.
·         Sebarang keputusan untuk menggunakan atau mengusahakan tanah di kawasan HSK negeri Melaka mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Kerajaan Negeri
·         Pihak JPNM juga menyarankan untuk merujuk kepada Pejabat Daerah/Tanah Negeri bagi mendapatkan gambaran tentang tanah terbiar untuk diusahakan, tetapi permohonan haruslah dibuat secara berkumpulan ( cth. Mewakili JKKK kampung tertentu)
·         Walaubagaimanapun, pihak JPNM (En. Rahman) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Tim Nasional Melaka pada masa akan datang bagi menjayakan sebarang aktiviti yang berkaitan pemeliharaan hutan dan promosi kepada masyarakat untuk menanam pokok serta bersetuju untuk menaja pokok.
·         Tim kami juga diperkenalkan dengan sebuah tim basikal di Ayer Keroh, iaitu tim BESTREX dimana En. Baharuddin Bin Abu Samah selaku perunding projek adalah suami kepada salah seorang staff JPNM.

Kunjungan ke Melaka International Trade Centre (MITC)
·         Melawat ruang pameran industri yang terdapat di Negeri  Melaka
·         Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk diterokai
·         Mendapatkan maklumat tentang pembekal dan pasaran serta tenaga kerja dalam sektor yang terlibat.
·         Mengumpul maklumat tentang fungsi dan peranan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan industri tertentu.
·         Memangkin idea-idea perniagaan untuk diceburi dimasa akan datang.
Kunjungan ke Kampung Bukit Sedanan
·         Tujuan kunjungan adalah untuk bertemu Pengerusi JKKK En. Razani Bin Seman bagi membincangkan cadangan lawatan ke IKS tempatan serta tempat tinggal peserta kayuhan pada 19 & 20 November 2011.
·         Kebetulan YB Datuk R. Perumal (Exco Melaka) yang juga ADUN Asahan sedang mengadakan lawatan bulanan ke Kampung Bukit Sedanan dan kami diperkenalkan dengan YB Datuk serta kayuhan yang akan diadakan.
·         Tidak dapat berbincang panjang kerana mereka terpaksa meneruskan lawatan dan memberi kebenaran untuk kami meninjau ke sekitar kampung sambil memilih trek kayuhan yang sesuai.
·         Melawat tanaman pokok Jarak yang diusahakan oleh seorang usahawan wanita dari pantai timur di tanah rizab perkuburan. Menurut seorang penduduk kampung, En.Omareza, pengusaha tersebut telah diberi kebenaran untuk mengusahakan tanah rizab tersebut dan sebidang lagi tanah di tempat lain untuk tanaman pokok Jarak. Menurut beliau, terdapat banyak tanah terbiar di kampung tersebut yang boleh diusahakan.
·         Tidak banyak IKS yang dijalankan di Kampung Bukit Sedanan kerana sebahagian besar penduduknya bekerja makan gaji dan mengusahakan tanaman getah dan sawit.
·         Berkunjung ke FELCRA Bukit Sedanan yang terletak bersebelahan Kampung Bukit Sedanan – terdapat tanaman cili secara fertigasi secara bersama oleh Belia Felcra, En Faizal
·         Akan berhubung dengan Ketua Belia untuk berkolaberasi dalam program kemasyarakatan dimasa akan datang.
Tinjauan ke Kampung Jus, Batang Melaka
·         Melawat ke ladang tanaman pokok Karas milik RINTIZ Group yang telah diusahakan lebih dua tahun.
·         Menurut pekerja ladang tersebut, En. Abd Rahim, terdapat 40,000 batang pokok karas ditanam di ladang tersebut yang diselang-seli dengan tanaman nenas.
·         Terdapat dua orang pekerja sahaja diladang tersebut yang melakukan kerja-kerja meracun rumput dan membaja dengan baja jenis 15-15
·         Ladang tersebut juga turut menjual anak benih pokok karas
·         Syarikat RINTIZ Group juga mengusahakan dua lagi ladang seumpamanya tidak jauh dari ladang tersebut.
·         Untuk sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan penyelia ladang, En Hairi di talian 017-4668320.
·         Terdapat lanskap yang cantik berlatarbelakangkan keindahan bukit-bukau dan hutan serta tasik yang luas namun Kampung Jus didapati kurang sesuai untuk dijadikan laluan kayuhan kerana kepadatan penduduk yang rendah mungkin kurang memberikan impak keatas program yang akan dijalankan.
·         Terdapat perkampungan Orang Asli yang boleh dilawati melalui Kampung Jus.
·         Terdapat perusahaan Puyuh daging berhadapan Kolej Komuniti Selandar menuju ke Kampung Jus dan Batang Melaka.
Penutup
·         Lawatan ke JPNM telah berjaya menjalin hubungan dengan JPNM dari sudut kerjasama penganjuran dan tajaan pokok serta telah membuka peluang untuk menjalin perhubungan dengan sebuah kelab basikal di Ayer Keroh (BESTREX)
·         Lawatan ke MITC telah memberi pendedahan kepada idea dan peluang perniagaan serta industri yang terlibat.
·         Lawatan ke Kampung Bukit Sedanan telah berjaya mengenalpasti terdapatnya tanah rizab yang boleh diusahakan disamping dapat berkenalan dengan YB Datu R. Perumal (Exco Melaka)
·         Lawatan Ke Kampung Jus, Batang Melaka memberi pendedahan dan pengalaman secara terus tentang tanaman Pokok Karas dan penjagaannya disamping menikmati suasana indah tasik dan bukit bukau di Hutan Simpan Batang Melaka yang sangat berpotensi untuk sektor Pelancongan.


No comments:

Post a Comment