Saturday, 3 December 2011

Kayuhan Cinta Desa 2011

HARI PERTAMA
Hari: Jumaat
Tarikh: 18/11/2011
- Pada jam 2:00pm bertolak dari Kuala Lumpur dan jam 3:00pm berkumpul di Hentian RnR Seremban
- Antara peserta-peserta yang terlibat
1) En. Amizi dan keluarga
2) En. Faizol dan keluarga
3) En. Ibrahim dan keluarga
4) En. Basri dan keluarga
5) En. Syafiq dan keluarga
6) En. Hisamuddin dan keluarga
7) En. Azman dan keluarga
8) En. Fataruzaman dan keluarga
9) En. Zaid dan keluarga
10) Pak Ali
- manakala salah seorang peserta tidak dapat hadir iaitu en. Sukardi atas sebab tidak sihat
- pada jam lebih kurang 5:00pm semua peserta telah sampai ditempat penginapan kecuali en. Fataruzzaman yg akan sampai agak lewat sebab ada tugas yang belum diselesikan.
- pada jam 6:42pm para peserta berkumpul dan membuat pemeriksaan terakhir sebelum acara esok bermula
setelah perbincangan selesai para peserta masuk ke bilik masing-masing dan dapat kan rehat yang secukupnya setelah melalaui perjalanan yang agak jauh dan persediaan utuk program keesokan pagi.

HARI KEDUA
Hari: Sabtu
Tarikh: 19/11/2011
- jam 6:00am semua peserta kayuhan, ibu-ibu dan anak-anak telah bersiap sedia
-peserta sedang sarapan pagi

-tapak berlepasan dan peserta mula berbaris di sini

- Ketibaan tetamu jemputan wakil Pengerusi JKKK Kg Asahan Encik Amran Bin Abu (Timbalan Pengerusi JKKK Kg Asahan) dan juga sebagai (YDP PIBG SKBK Kg Bukit Asahan)

- Acara bermula di mulakan dengan NEGARAKU dan rutin-rutin kebiasaan bagi kelab Associated Cyclosportif Trekker
- Antara kata-kata aluan oleh En. Amran Bin Abu, Amat mengalu-alukan dan amat gembira dan berbesar hati dengan kedatangan ACT dan memilih Kampung mereka sebagai kunjugan dan tempat aktiviti ACT sebab kampung mereka adalah amat susah untuk dimajukan dan jauh dari pembanggunan sebab kampung Asahan telah diistiharkan sebagai kawasan tadahan hujan kerana kerap berlakunya banjir, dan unik nya kampung ini adalah terletak pada 3 sempadan negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Penduduk Kampung Asahan seramai lebih kurang 1200 orang terpecah kepada 50% Melayu 25% Cina dan 25% India dan juga dibawah naugan JKKK Kg Asahan terdapat 4 buah kampung Kg. Bukit Panjang, Kg Relau, Kg Sg. Dua dan Kg. Bukit Asahan
Antara harapan En. Amran Bin Abu dapat meneruskan perhubugan dengan ACT dan dapat sama-sama untuk pembangunan desa terutama dalam bidang Pendidikan, Beliau turut menyarankan agar pihak ACT dapat mengadakan program atau kem berbentuk Motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar
-dan juga taklimat daripada ketua kayuhan en. Amizi
- penyerahan cenderahati dari ACT kepada JKKK

acara penanaman pohon Karas jenis Subintegra
- setelah upacara penanaman selesai para peserta kayuhan, wakil JKKK dan tetamu yang lain semua kembali ke tepat perlepasan dan siap sedia untuk dilepaskan oleh Timbalan Pengerusi JKKK
ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI
- penternakan ikan talapai yang diusahakan oleh en. Taufik 

- penanam pokok Karas atau Gaharu Makcik Limah, keluasan tanah 2.5 ekar dan sebanyak 400 pokok gaharu yang ditanam dibawah pokok getah, telah ditanam selama 2tahun lebih
- Ladang Betik milik En. Shang Pay Son (Gemok)
-Lawatan ke Balai Polis Asahan bertemu dengan Ketua Balai SM Jumaat Bin Sulaiman dan juga sahabat cyclist dari Balai tersebut iaitu Kprl Azlan Bin Hazbullah

Dan tempat lawatan yang terakhir iaitu adalah Ladang Jambu Air @ Madu
-sampai semula ke tempat perlepasan, Negaraku, taklimat dari ketua kayuhan dan Penutup
ACARA DIWAKTU MALAM BERSAMA-SAMA SATU KELUARGA DAN ANAK-ANAK BAKAR IKAN. AYAM, DAGING KAMBING

HARI KETIGA
Hari: Ahad
Tarikh: 20/11/2011

-jam 6:00am bersiap untuk bertolak ke Kg Bukit Sedanan, Selandar
-8:00am sampai di Dewan serbaguna Kg Bkt Sedanan 
ketua kayuhan en. Amizi bersama Pengurusi JKKK Bukit Sedanan en. Rozani Bin Seman penuh dengan komitmen walaupun kaki patah berbalut kaki dan bertongkat namun tetap turun bersama-sama
-bermesra dan berkenalan dgn penduduk kampung sebelum program bermula en.Hisamuddin bersama AJK JKKK kampung Ustz. Jamaludin yang banyak bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut

-mula dengan Negaraku, Janji Atlit dan doa AsmaulHusna di pengerusi kan oleh en. Faizol bersama Ustz. Jamaludin, Kata-kata aluan dari Pengurusi JKKK bkt Sedanan dan juga taklimat dr Ketua Kayuhan

Antara lawatan ke IKS dan pengusaha-pengusaha kampung yang terdapat di Kampung Bkt Sedanan

Roti Canai Sejuk Beku
Pengusaha: Esah Bt Derus / Abdullah Bin Ali (06 5251660)

Jahitan Pakaian, Langsir dan tempahan kelengkapan khawin
Pengusaha: Puan Jalidah Bt Baba / Jahari Bin Harun (017 6656138)

Rempeyek Kacang Tanah, Dal dan Kacang Hijau
Pengusaha: Hana Bt Seman (012 3750585)

Sate (Sate Sedanan)
Pengusaha: Norizan Bin Zakaria
dilawatan pengusaha sate ini adalah merupakan lawatan yang terakhir pada acara hari ketiga ini, dan selapas itu semua peserta kayuhan dan penduduk kampung kembali ke dewan setelah semua peserta dan penduduk kampung dijamu sate oleh pengusaha Sate Sedanan En. Norizan

Upacara tanam pokok yang diselesaikan bersama oleh Imam 1 Kg Bkt Sedanan, Setiausaha JKKK dan juga AJK JKKK Ustz. Jamaludin jenis pokok yang ditanam pokok Karas/Gaharu

Penghujung acara majlis disudahi dengan HAMDALLAH bersama-sama




No comments:

Post a Comment