Wednesday, 22 February 2012

KAYUHAN CINTA DESA 2012

KCD 2012 peringkat Negeri Melaka akan direncanakan pada: 25/2/2012 Sabtu dan 26/2/2012 Ahad
ini adalah merupakan program yang pertama bagi Negeri Melaka bagi tahun 2012 ini

Balai Raya Kg Ayer Limau
Aktiviti-aktivi pada hari Sabtu:
- Perasmian KCD2012 oleh Datuk Wira Abu Seman ( Timbalan Menteri Dalam Negeri)
- PROGRAM KEUSAHAWANAN
   antara panel jemputan ialah daripada RUY, Agribiz dan jugak KGMSB
- Terdapat juga ruangan pameran dan jualan antara produk-produk tempatan yang akan turut serta pengusaha Rempah Ratus berjenama LENAP, Kuih Denderam dan juga barang-barang IKS daripada Melaka
- Penyerahan Keluarga Angkat
- Gotong royong memasak untuk hidangan makan malam

Aktiviti-aktivi pada hari Ahad
- Kayuhan akan dilepaskan oleh Adun Ayer Limau/JKKK
- Lawatan IKS kg ayer limau

Firdaus pemuda yang mengusahakan penternakan
Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar Melaka

Bersama Ustaz Hassan Imam 1 masjid Kg Ramuan China Besar salah seorang pengusaha Cendawan, Beliau amat mengalu-alukan dan menyambut baik usaha kami untuk ke kampung-kampung membantu untuk meningkat kan ekonomi masyarakat luar bandar khusus nya masyarakat melayu

Perbincangan masih diteruskan antaranya untuk membuat usahasama dengan beliau, dan Uztaz Hassan berminat dan juga membincangkan tanah sewaan atau pajakan dan beliau menyatakan terdapat tanah penduduk kampung yg terbiar kira-kira boleh dapat dalam 10 ekar



Bersama Pak Mat Pengusaha Kedai Serbanika yang mengumpulkan barangan IKS yg terdapat di Kawasan Masjid Tanah beliau pun amat tertarik dengan usaha-usaha yg cuba kita bawa untuk mengembangkan perusahaan IKS

Sunday, 19 February 2012


LAPURAN SESI LAWATAN TIM NASIONAL MELAKA
Tarikh: 14hb. Febuari 2012 (Selasa)
Tempat: Pekan Masjid Tanah, Kg Ayer Limau, Kg Ramuan Cina Besar, Kuala Sg Baru
Kunjungan 1
Pejabat JAPERUN (Jabatan Perundangan Negeri) Dun Ayer Limau di Lubok Cina membuat penyerahan surat jemputan pelancaran KCD 2012 kepada YB Tuan Haji Amirrudin bin Yusof ADUN Ayer Limau, Surat diserahkan kepada setiausaha beliau Mejar Aziz
Kunjungan 2
Pejabat Pertanian Kawasan Masjid Tanah en. Alias bin Abu Hassan membincangkan tentang pgram keusahawanan beliau agak keberatan untuk menjadi penyampai pgram keusahawanan tersebut, atas sebab terdapatnya taklimat Gaharu yang diluar bidang kuasa Jabatan Pertanian beliau tidak mahu nanti sekiranya penduduk kampong beranggapan Pokok Gaharu adalah salah satu yang datangnya daripada Jabatan
Banyak perkara-perkara perancangan pertanian yang negative yang berlaku sebelum-sebelum ini seperti cacing, lintah, serai dll yg akhir nya membawa kerugian yang banyak kepada pengusaha jadi perkara Gaharu juga beliau kuatiri akan berlaku perkara yang sama atas sebab ini lah beliau agak kurang berminat untuk berkerjasama
Juga membincangkan hal-hal berkenaan pertanian, sewaan tanah, tanah terbiar menurut beliau di Kg Ayer Hitam Darat terdapat 20 – 30 ekar tanah sawah terbiar dan amat sesuai untuk pertanian juga membincangkan tentang ladang kontrak untuk perkara ini beliau mengalakan dan akan memberi bantuan.
Kunjungan 3
Mengenal pasti laluan kayuhan Ayer Limau – Ayer Molek, dan makan tengahari di pekan Kuala Sungai Baru, singgah dibanggunan D’MARA dan berbual dengan en. Razali pengusaha kedai jahitan dan menjual Garam getah beku juga mendapatkan infomasi tentang sewaan ruang ofis yang terdapat dibanggunan tersebut dengan kadar sewaan RM219 dibahagian tingkat atas
Kunjungan 4
AA Advertising & Design – en. Mohamad Azmi bin Ismail (pengurus) berusia 33thn. Merupakan penduduk kg Ayer Limau, telah membuat tempahan Banner dan Flyers dengan beliau dengan kadar yang agak rendah, Banner – kadar pasaran luar datang  tanpa design 1 sqf RM2.50 manakala datang dengan design 1 sqf RM1.00 namun dengan kita beliau bagi 1sqf RM1.70 dan kita telah menempah 2 buah banner berharga RM97.00 dan juga 100keping flyer berharga RM10.00 pembayaran deposit RM50 telah didahulukan oleh en. Hisamuddin
Kunjungan 5
Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan – en. Rizal penyerahan surat permohonan untuk penceramah yang bertajuk “Bersama Bersatu memupuk Perpaduan Masyarakat”
Kunjungan 5
Pengusaha Rempah Ratus – en. Azam dan Pn. Nor Aishah Leman antara produk yang diusahakan 1) Serbuk Asam Pedas berempah 2) Serbuk Rempah Pajeri Segera 3) Rempah Kari Itik Sebaguna 5) Sup Bunjut dan lain-lain lagi yang berasas kan rempah ratus dengan berjenama LENAP gabungan daripada nama ayah dan emak pengusaha
Kunjungan 6
Kedai Serbanika jualan barang-barang IKS – en. Muhammad membincangkan tentang pemasaran barangan IKS beliau amat tertarik dengan kita sebab ada usaha-usaha untuk pemasaran produk tempatan bertanyakan apa kaedah kita untuk pemasaran, kami memberi sedikit penjelasan tentang sasaran pemasaran PPIKS sehingga akan wujud nya DesaMart di desa-desa seluruh negeri beliau amat tertarik namun agak kurang bersetuju dengan 1 produk RM50
Kunjungan 7
JKKK Kg Ayer Limau – en. Zohaime membuat penyerahan kertas kerja KCD 2012 serta surat jemputan kepada YB Datuk Wira Abu Seman dan 100 keping flyer – en. Azman selaku pengurusan penginapan telah berbincang tentang harga penginapan yang sebelum ini agak tinggi harganya setelah perbincangan beliau menurunkan sedikit harga untuk anak daripada RM50 kepada RM40 namun dewasa masih tetap dengan RM65/head
Kunjungan 8
Ustaz Hassan Imam 1 Ramuan Cina Besar – pengusaha Cendawan, kita mencadangkan untuk membuat usahasama dan beliau amat-amat mengalu-alukan dan beliau juga menawarkan Tanah seluas 10ekar untuk diusahakan dan beliau juga memberi gambaran tiada masaalah dari segi tempat tinggal untuk kita menginap untuk Sabtu dan Ahad

Friday, 20 January 2012

Laporan Kunjungan ke Kg Air Molek

Laporan Kunjungan ke Kg Air Molek
Pada 7hb Januari 2012, kami dari Tim Nasional Melaka telah berkunjung ke Kg Air Molek untuk meninjau lebih dekat kampung ini. Kehadiran kami telah disambut oleh pengerusi JKKK En.Hj Hamzah dan Setiausaha En. Musa. 
Kami telah dibawa menggelilingi kampung dan juga singgah ke tempat-tempat iks, perternakan kambing, pengusaha arnab pemeliharaan dan pengusaha sayur.



Wednesday, 11 January 2012

LAPURAN SESI LAWATAN TIM NASIONAL MELAKA

 Tarikh: 31hb. Disember 2011 (Sabtu)
Lawatan: Kg Air Limau / Kg Ayer Molek / Kg Baru, Kuala Sg Baru

Pada sekitar jam 8:30am kami berkumpul di Rehat dan Rawat Seremban setelah selesai sarapan pagi dalam jam 9:00am kami memulakan perjalanan ke Melaka dengan berpecah kepada 2 kumpulan.

KUMPULAN 1 (Hisamuddin dan Fataruzzaman) menuju ke Kg. Air Limau perancangan awal adalah untuk bertemu dengan 2 JKKK iaitu JKKK Kg Air Limau dan JKKK Kg Limau Nipis, Namun Pengerusi JKKK Kg Limau Nipis tidak dapat bersama-sama kerana ada urusan di Utara tanah air.

Thursday, 29 December 2011

LAPURAN KUNJUNGAN KE KG ASAHAN DAN KG PASIR GEMBUR

LAPURAN KUNJUNGAN KE KG ASAHAN DAN KG PASIR GEMBUR

Kampung Asahan , Jasin Melaka

Tarikh ; 24 Dec 2011,  (Jam 10.45 pg ~ 12.45 tgh)
Act              : En. Basri B Mohamad
                    : En. Ibrahim B Maksud
                    : En. Ali B Jalil
Kg Asahan : En. Amran B Abu (Timb.Penerusi JKKK)
                      En. Abdul Ghani B Dolah (Pengerusi JKKK tidak dapat hadir –
                       ada program di Batam , Indonesia)

Sunday, 4 December 2011

Kayuhan Cinta Desa 2011 Jasin Melaka

LAPORAN KUNJUNGAN KE KAMPUNG ASAHAN DAN KAMPUNG BARU BUKIT SEDANAN, BAGI SIRI KAYUHAN CINTA DESA 2011, JASIN,  MELAKA
Kunjungan ke Kampung Asahan, Jasin, Melaka
Tarikh : 19 November 2011
Jumlah Peserta : 50 orang
Jumlah Cyclist : 8 orang
Tempat Tinggal : Saujana Asahan ( Majlis Sukan Negara )













Saujana Asahan – Sebuah kem yang sesuai untuk bina semangat, motivasi dan aktiviti riadah .

Saturday, 3 December 2011

Kayuhan Cinta Desa 2011

HARI PERTAMA
Hari: Jumaat
Tarikh: 18/11/2011
- Pada jam 2:00pm bertolak dari Kuala Lumpur dan jam 3:00pm berkumpul di Hentian RnR Seremban
- Antara peserta-peserta yang terlibat
1) En. Amizi dan keluarga
2) En. Faizol dan keluarga
3) En. Ibrahim dan keluarga
4) En. Basri dan keluarga
5) En. Syafiq dan keluarga
6) En. Hisamuddin dan keluarga
7) En. Azman dan keluarga
8) En. Fataruzaman dan keluarga
9) En. Zaid dan keluarga
10) Pak Ali